Saturday 4 May 2013

Cosway buka 1,000 farmasi


Cosway buka 1,000 farmasi

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Syarikat jualan langsung, Cosway (M) Sdn. Bhd. (Cosway) merancang untuk membuka 1,000 rangkaian Farmasi Cosway di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang, sama ada melalui kaedah pembukaan kedai baharu atau menggantikan kedai sedia ada miliknya.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Cosway Corporation Ltd., Al Chuah berkata, untuk tahun ini, pihaknya menyasarkan untuk mempunyai sehingga 200 Farmasi Cosway dengan perbelanjaan mencecah sehingga RM10 juta.
Tambah beliau, pembukaan baharu mampu memakan perbelanjaan sehingga RM500,000 bagi sebuah kedai, manakala yang dinaiktarafkanadalah lebih murah.
"Daripada sasaran tersebut, dijangka 500 kedai merupakan pembukaan baharu manakala 500 lagi dinaik taraf daripada kedai sedia ada.
"Buat tahun pertama, pembukaan farmasi ini mungkin sedikit perlahan kerana perlu mendapatkan ahli farmasi untuk mengendalikannya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Farmasi Cosway pertama di Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di pusat membeli-belah Berjaya Times Square di sini, hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi Berjaya Corp. Bhd., Tan Sri Vincent Tan.
Buat masa ini terdapat 800 rangkaian Cosway di Malaysia yang menjual produk berjenama Cosway seperti barangan kecantikan dan kesihatan, kosmetik, barangan pencuci serta penapis air. Ketika ini, terdapat 600,000 ahli Cosway di negara ini.
Farmasi Cosway menawarkan konsep percuma kepada ahlinya terutama ahli farmasi yang berminat untuk menjalankan perniagaan di mana kos penyelengaraan kedai, risiko dan modal akan ditanggung oleh Cosway.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_08.htm#ixzz2SKv9BrPM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment